Tuesday, June 7, 2011

WiFi ?

Salam semua. Pernah terbaca tak status sebegini rupa di laman social ? 'Rumahku ada wifi, dalam tandas pun boleh online' atau 'kedekut betul jiran sebelah ni, seharian aku tak online sebab dia balik kampung' dan paling ganas 'siapa curi wifi aku tanpa izin, kita jumpa di padang mahsyar' huhu. Semua status di atas wujud kerana dek wifi. Sekarang ni, wifi dah macam makanan ruji pulak untuk kitakan, segala macam tempat ada wifi, termasuklah kedai-kedai apek sayur yang mengamalkan jualan sayur secara online. eh, ada ke ? wahahaa. Maksudnya, semua kedai akan mementingkannya kerana wifi ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan. hatta warung pak jabit pun ada wifi, tak caya tanya usop wilcha. huhu. Bagi saya, wifi memang amat memudahkan kerana dengan adanya wifi, kita boleh melayari internet tanpa wayar. Bagi anda yang menggunakan wifi tanpa kebenaran tu, seperti wifi jiran, jangan lupa untuk minta halal, supaya kita tidak terasa dengan status seperti di atas. Sampai padang mahsyar dia akan tuntut. Rumah saya juga ada wifi dan terbaru sekali, saya siap tampal pelekat 'wifi available here' di dinding rumah. Wahahaa. Rasa macam cyber cafe pulak rumah saya bila ada pelekat tu. terima kasih kepada WiMax menyediakan perkhidmatan tersebut. Siapa nak kongsi wifi saya, boleh pindah masuk rumah sebelah saya sebab kosong, boleh kita kongsi sama-sama. wahahaa. Majulah wifi untuk kesenangan bersama.

No comments: