Salam semua, saya nak keluarkan satu amaran untuk anda semua yang rasa diri anda hot macam andy howwtt. heee, takdelah, saya gurau je, tetapi, saya rasa, mana-mana blogger yang hot pasti akan diuji dengan ujian ini. Serangan hackers yang melanda Facebook di Malaysia. Baru-baru ini, hackers ini telah menyerang fanpage yang hot-hot dan top seperti HOTFM, OH!MEDIA, GENG BLOGGER, OH!MEDIA FM, HELIZA HELMI, LINDA ONN dan banyak lagi yang mungkin saya tidak tahu. Mereka ini akan mengambil alih Fanpage anda dan akan memulangkannya sejurus perbincangan dilakukan di antara admin dan crew hackers. Jadi saya nak ingatkan kepada anda yang mempunyai Fanpage di Facebook, berhati-hatilah ye. Sebenarnya hackers ni nak test Security Fanpage anda sahaja. Mereka akan pulangkan kembali, itupun jika mereka mahu, jika mereka tidak mahu pulangkan, alamatnya, terhapuslah Fanpage anda itu. Jadi apa lagi anda tunggu, kepada mereka-mereka yang hot tu, cepat-cepatlah lakukan apa yang patut. Tanyalah kepada yang lebih pakar tentang cara-cara untuk mengelakkan page anda di hack. Tingkatkanlah Security, kurangkanlah kontrovesi, huhu..
Tuesday, June 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment