Tuesday, June 14, 2011

Rahsia Piramid Dan Sphinx Di Giza

Piramid merupakan tarikan utama pelancong ke Egypt dan merupakan salah satu binaan purba yang masih kukuh sehingga hari ini. Terdapat tiga piramid utama di Giza iaitu Piramid Khufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure. Terdapat juga enam lagi piramid kecil lain berada di sekitar piramid utama yang diberi nama Pyramids of Queen. Piramid Khufu atau Piramid Cheops merupakan piramid tertua dan terbesar di antara tiga piramid di Giza. Dipercayai dibina sebagai kubur Firaun Khufu dan memakan masa lebih 20 tahun untuk disiapkan sekitar 2560BC. Piramid ini menjadi binaan ciptaan manusia tertinggi selama lebih 3800 tahun iaitu setinggi 138.75 meter.

Lepas tu muncul la Lincoln Catheral di England memintas ketinggian piramid ni. Piramid kedua dibina pada pemerintahan firaun Khafre (Anak Firaun Khufu) yang diberi nama piramid Khafre. Dibina pada paras tanah 10 meter lebih tinggi daripada piramid lain. Tinggi sebenar hanya 136.4 meter. Piramid ketiga dan terkecil dinamakan Piramid Menkaure. Dibina pada pemerintahan Firaun Menkaure setinggi 66 meter dan keluasan tapak ialah 108 x 108 meter. Sebuah keranda batu yang cantik dipercayai milik Firaun Menkaure dijumpai tertanam sedalam 16 inci di bawah tapak piramid ini.

Malangnya pada 13 oktober 1838, keranda itu tenggelam di laut semasa pemindahannya ke England yang ada di British Museum sekarang ni hanyalah keranda yang berbentuk seperti manusia. Binaan lain yang terdapat di kompleks piramid ini adalah patung Sphinx. Para pengkaji sejarah Egypt percaya ia dibina sekitar 2555 BC ke 2532BC. Namun ada yang berselisih pendapat pasal bila benda ni dibuat samada sebelum atau selepas pemerintahan Firaun Khafre. Great Sphinx of Giza merupakan batu peringatan terbesar dan patung ukiran tertua di dunia. Lagi satu, hidung dan janggut Sphinx ni dah takde.

Ada cerita mulut ke mulut orang Arab Egypt dan ditulis oleh Al-Maqrizi dalam bukunya mengisahkan Muhammad Sa'im al-Dahr datang mencabar patung Sphinx yang dianggap sebagai 'Tuhan Rezeki' supaya menambahkan hasil tanaman. Oleh kerana terlalu fanatik Sa'im al-Dahr ni terus memecahkan hidung Sphinx itu. Akibatnya beliau dihukum gantung atas kesalahan vandalisme. Ada jugak kisah lain menyatakan hidung tu hilang pasal askar Napoleon yang tembak. Apa-apa pun, banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di Egypt selain piramid. Egypt juga menyimpan sejarah tamadun manusia tertua didunia.

No comments: