Tuesday, June 14, 2011

Music Player Yang Mesra Pengunjung

Setelah membuat beberapa perubahan di blog ni, saya mula bergerak aktif menjenguk blog-blog lain. Alhamdulillah ada kesempatan membuat tinjauan blog ke blog sambil meng-usha calon. calon isteri. huhu. Kalau dah tiba masa sibuk, susah nak jalankan aktiviti berblogwalking. Dalam khusyuk berblogwalking, pelbagai jenis blog yang saya singgah. Apa yang saya nampak, banyak blog baru yang kian maju. ceewah, ayat macam la blog saya dah otai sangat kan. Tak sampai setahun lagi ni, hahaha. Sebenarnya nak berkongsi pendapat tentang meletakkan lagu di dalam blog. Banyak jugak blog yang saya jenguk mainkan lagu yang best-best.

Kadang tu lagu yang saya dah lama tak dengar, seronok melayan sambil menggodek blog. Pada umumnya, meletakkan lagu yang diminati di dalam blog bukanlah satu gangguan dan saya akui, sesetengah lagu yang dimainkan boleh memberi ketenangan serta menaikkan mood pengunjung. Pemilihan lagu yang baik dan menenangkan juga dapat melambangkan identiti sesebuah blog. Walaubagaimanapun, cara lagu tersebut dimainkan mempengaruhi mood, samada ia mengganggu atau menyemarakkan lagi minat untuk meneruskan pengembaraan di dalam blog.

Jika seseorang yang datang berkunjung ke blog sudah sedia memainkan lagu di laptop atau komputer, sudah pasti ia menimbulkan ketidakselesaan dan sangat mengganggu, lebih-lebih lagi apabila widgets yang digunakan tidak dapat diselaras mahupun ditutup. Oleh yang demikian, memilih player atau widget yang 'mesra pengunjung' untuk dimuatkan di dalam blog adalah sangat penting. Mesra bermaksud music player tersebut boleh diselaras mengikut kehendak pengunjung. Pastikan music player diletak di tempat yang mudah dilihat supaya pengunjung yang tidak selesa dengan lagu tersebut boleh menghentikannya dengan mudah.

Tak perlu nak cari geledah sampai lebam di dalam blog. Perlu di ambil perhatian, tidak semua orang meminati lagu yang kita minat. Mungkin ada yang berpendapat, 'blog ini blog peribadi, jadi tak kisahlah nak letak apa. Tak suka boleh klik pangkah.' Persoalannya, apakah tujuan sebenar menulis blog ? Kalau macam tu baik menaip kat Microsoft Word, kat text document ke. Pastu simpan di dalam laptop, huhu Alangkah baik jika kita menarik pengunjung yang datang untuk lebih dekat kepada kita melalui penulisan blog yang mesra. Entah2 ada di kalangan mereka boleh jadi calon untuk kita kan, mana tau, huhu

No comments: