VirtualBox merupakan satu perisian yang dibangunkan oleh Innotek, sebuah syarikat perisian dari Jerman. Kini diambil alih oleh Sun Microsystems sebagai sebahagian platform Sun xVM. Ia dipasang pada sistem operasi sedia ada bagi membolehkan pemasangan sistem operasi tambahan secara maya. Dengan perisian ini, setiap sistem operasi maya yang juga dipanggil Guest OS boleh dipacu secara bersama dengan persekitaran sistem operasi itu sendiri. Perisian ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba sistem operasi lain tanpa mengganggu sistem operasi sedia ada. Jadi, tidak perlu risau sebarang kemungkinan yang tidak diingini, seperti kehilangan data, kerosakkan pada sistem operasi atau terpaksa memformat komputer sedia ada.
Kelebihan utama VirtualBox :-
1. Pemasangan yang mudah : Pengguna tidak memerlukan kemahiran khusus untuk pemasang VirtualBox didalam sistem operasi.
2. Pelbagai platform : VirtualBox tersedia untuk semua sistem operasi utama Windows, Linux dan Mac.
3. Percuma : Walaupun VirtualBox bukan perisian sumber terbuka namun Sun Microsystems membenarkan ia digunakan tanpa sebarang bayaran.
4. Sandaran sepenuhnya : Dengan VirtualBox, sistem operasi yang dipasang dalam VirtualBox boleh disalin sepenuhnya dan diletak di sebarang mesin lain yang telah memasang VirtualBox malah platform lain seperti VM Player.







No comments:
Post a Comment