Mozilla Firefox ialah pelayar web sumber terbuka yang dibangunkan oleh Mozilla Corporation. Untuk memaparkan laman web, Firefox menggunakan enjin Gecko yang mana menggunakan standard web yang terkini dengan penambahan beberapa ciri-ciri yang digunakan sebagai pelengkap kepada standard asas tersebut. Ciri-ciri Firefox terkini ialah kebolehan tab, semakan ejaan, live bookmarking, mengurus muat turun, pelayar privasi dan yang lain utama integrasi enjin carian termasuk Google. Firefox dapat dipasang pada hampir semua versi sistem operasi yang berada di pasaran, Kod sumber Firefox ialah percuma dibawah 3 lesen utama iaitu GNU, GPL/GNU, dan LGPL/MPL. Diketahui bahawa Firefox mempunyai keselamatan yang cukup tinggi ketika pengguna melayari internet. Versi portable Firefox juga mengeluarkan edisi portable untuk Windows, yang mana boleh digunakan secara terus dari pemacu USB. produk ini membolehkan Firefox dan keseluruhan konfigurasi (Termasuk extention dan plugin) dapat dilancarkan dengan mudah. Ini amat membantu pengguna yang tidak mempunyai hak admin didalam sistem yang sedang digunakannya.
Sunday, May 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment