Wednesday, May 25, 2011

Petua Sebelum Berbelanja

Sebelum memasang angan-angan untuk berbelanja, baiklah kita tanamkan dulu tabiat - fikir dulu sebelum membeli.

Ikuti panduan ini untuk membantu anda mengawal tabiat membeli-belah :-
1. Apakah saya benar-benar memerlukannya ?
2. Adakah barang itu sudah saya miliki sebelum ini ?
3. Berbaloikah memiliki barang itu ?
4. 'Matikah' jika saya tidak memilikinya ?
5. Adakah harganya berpatutan dengan kualiti ?
6. Bolehkah barang itu digunakan dalam tempoh yang lama ?
7. Tempoh jangka hayat ?
8. Sesuaikah saya melaburkan sejumlah wang untuk barang itu ?

Panduan menjadi insan yang tidak boros :-
1. Biasakan diri untuk tidak membawa kad kredit apabila ingin keluar berbelanja.
2. Bawa sejumlah wang saja yang diperlukan untuk membeli barang keperluan.
3. Senaraikan barang mengikut keperluan utama untuk dibeli.
4. Teliti barang yang ingin dibeli dengan mengambil kira kepentingan & faktor keperluan.
5. Buatlah penilaian harga dengan kualiti barangan. Lebih baik tunggu hingga jualan murah jika barang itu lebih berbaloi dibeli ketika itu.

No comments: