Kadang kala, kita selalu rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Apatah lagi ketika berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini ada beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.
Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat. Apa-apa kekurangan / kelemahan yg ada pada diri anda, anda baikinya. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yg positif. Elakkan perasaan malu yg tidak bertempat. Lakukan riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dapat mengaktifkan diri seseorang.
Kemaskan diri & anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka & mata orang yang kita sedang berinteraksi & gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah tetapi fikirkan hasil yg akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.
Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita. Insya-Allah anda akan dpt menilai betapa berharganya diri anda. Sesungguhnya anda ialah insan yg mulia & cemerlang. Insan yg mulia & cemerlang mempunyai potensi & setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya !

No comments:
Post a Comment