Bila sebut Internet, mesti adegan seperti Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer terpampang di kepala. Baru-baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka. Lunascape5 adalah gabungan 3 enjin iaitu Trident + Gecko + Webkit. Pada mulanya, saya sendiri agak terperanjat mendengarkan gabungan ketiga2 enjin ini, sebab saya tahu mesti lagi lambat sebab halaman web mestilah di-render sebanyak 3 kali. Terbukti saya salah. Menurut benchmark yang dilakukan, Lunascape5 mengalahkan pelayar-pelayar lain dengan mudah. Kemudahan lain juga tidak diketepikan juga, seperti kemudahan untuk bookmark, menyimpan kata laluan dan sebagainya. Lunascape5 juga turut menyediakan kemudahan untuk pembina laman web. Tak guna cerita saja, apa kata cuba dahulu. Muat turun di halaman Lunascape5
Monday, May 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment