Tumblr adalah sebuah servis mikroblogging di mana anda hanya perlu menghantar entri-entri yang pendek sahaja, dalam bentuk teks, gambar, video, link, quote, mahupun audio. Kelebihan mikroblog seperti Tumblr adalah anda tidak perlu terlalu formal dan serius dalam menulis entri. Tumblr juga memudahkan anda menerbitkan entri dengan menyediakan bookmarklet bagi browser. Anda juga boleh menerbitkan entri melalui emel, MMS, mahupun pada dashboard Tumblr sendiri. Tumblr menyediakan pelbagai theme yang cantik, terutamanya bagi blog foto. Bayangkan Tumblr sebagai tempat anda meluahkan buah fikiran yang lebih panjang dari Twitter namun lebih pendek dari Blogger.
Monday, May 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment