Mengapa perlu Microsoft perlu risau dengan Linux ? Walaupun banyak kekurangan Linux dari segi game yang boleh dimainkan di Windows untuk dimainkan di Linux. Tetapi jangan anda lupa Apple juga tidak semua game Windows boleh dimainkan di Apple. Mengapa pula perlu Microsoft berhati-hati dengan Linux jika begitu banyak persaingan. Kerana semuanya terletak kepada keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Terdapat tiga pesaing Microsoft yang dikatakan oleh CEO Microsoft, Steve Ballmer iaitu Microsoft Windows cetak rompak atau tidak berlesen, Apple Mac OS X dan Linux. Secara mudahnya terdapat dua pesaing yang begitu kompleks untuk ditentang oleh pihak Microsoft jika tidak dapat menyediakan strategi yang baik iaitu, Windows tidak berlesen dan Linux. Dua pesaing dengan hanya satu sebab. Murah.
Strategi Microsoft
Windows 7 akan bersaing dengan beberapa sistem operasi yang lain seperti Linux, dan Snow Leopard disamping terpaksa bersaing dengan produk mereka sendiri yang cetak rompak. Internet Explorer 8, Strategi ini dikeluarkan kerana beberapa sebab dan sebab utamanya adalah tanah jajahan mereka telah dicemari oleh pesaing mereka seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera dan Safari. Pengguna Netbook : Terdapat beberapa perkara yang mungkin menyebabkan pihak Microsoft boleh memonopoli perkara ini tetapi persaingan dengan Linux tidak boleh diabaikan.
Bukan Berat Sebelah
Saya bukan berkata untuk memberatkan sebelah Linux ataupun Mac OSX tetapi hanya mengeluarkan beberapa perkara yang mungkin terjadi. Kerana Linux dan Mac OSX sendiri mempunyai kekurangan lebih lebih lagi untuk pengguna tegar Windows. Tapi yang benar tetap benar. Didalam keadaan ekonomi yang teruk ini hanya dua sistem operasi yang boleh memonopoli, Windows 7 cetak rompak dan Linux.







No comments:
Post a Comment