Sunday, May 22, 2011

Kenapa Virus Wujud ?

Virus yang ditulis ini adalah berkaitan dengan virus berbentuk digital atau lebih mudah disebut, virus komputer. Persoalannya kini adalah, mengapa virus dicipta ? Sesungguhnya tiada apa yang dilakukan oleh manusia tanpa ada sebarang sebab dan agendanya. Oleh itu mengapa virus ini dicipta. Sebab virus dicipta boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian utama seperti yang di tulis oleh Chad Perrin didalam laman blog techrepublic. Antaranya adalah :-

Kemarahan
Isu ini menunjukkan bahawa pembuat virus tersebut mempunyai dendam dan ada sesuatu yang tidak disenangi olehnya kepada orang atasan mahupun kepada pemimpin sesebuah negara. Bagi saya, caranya amat kreatif tetapi secara totalnya tidak baik untuk diamalkan oleh semua orang kerana kesannya yang akan menganggu orang lain.

Kekayaan
Siapa kata virus tidak membawa kekayaan kepada pembuatnya ? Kebanyakkan virus yang tersebar luas sekarang adalah kerana mereka dibayar oleh seseorang untuk kebaikkan agen tersebut. Contoh paling mudah yang boleh saya berikan adalah virus sobig pada tahun 2003 dan conficker pada tahun 2009. Sobig dicipta untuk menyebarkan spam kepada mangsa. Setiap mangsa yang dijangkiti akan di pasangkan secara senyap dengan satu aplikasi yang digelar sebagai WinGate yang membolehkan server spam mendapat maklumat mangsa dan menghantar spam kepada mereka.

Conficker pula didalam variasi terkini, Conficker memasang 2 aplikasi Waledac & SpyProtect untuk tujuan spam dan menakutkan pengguna. SpyProtect ini juga digelar sebagai antivirus tipu. Kedua2 virus ini amat popular didalam kehebatan mereka menyebarkan virus dalam jangka masa panjang. Sehingga kini kedua2 penulis virus tersebut masih tidak dapat dijumpai dan pihak Microsoft memberikan ganjaran sebanyak US$250,000 setiap seorang kepada sesiapa yang dapat memberikan petunjuk kepada mereka tentang penulis virus tersebut. Ironinya kedua2 virus ini mematikan diri mereka setelah satu jangka masa secara automatik. Sobig 10 Sept. 03 & Conficker 3 Mei 09

Politik, Organisasi & Negara
Virus juga kadang kala mampu digunakan didalam hal hal sebegini terutamanya jika organisasi A tidak disukai oleh organisasi B, oleh itu B menyuruh penjahat siber agar menyerang sistem web A agar tidak dapat dimasuki oleh pelanggan, kemudian pelanggan tersebut akan pergi ke B sebagai alternatif pilihan. Antara serangan yang selalu dilakukan adalah DDoS, seperti mana yang berlaku kepada Estonia yang diserang oleh Rusia didalam Peperangan Siber Pertama. Untuk melakukan DDoS, penjenayah siber ini perlu mempunyai senarai "zombie" atau "tentera" terlebih dahulu dan disebabkan itu, virus dicipta. Untuk menjadikan mangsa virus tersebut sebagai "hamba abdi" kepada penjenayah tersebut supaya dapat menyerang organisasi A. Malah jika dilihat Google dan Yahoo juga pernah terkena serangan sebegini.

Kesimpulan
Terdapat banyak lagi sebab dan pecahan didalam sebab mengapa virus komputer ini dicipta. Apa pun sebabnya virus adalah satu perkara yang tidak bagus untuk pengguna komputer dan seharusnya perkara ini di ambil berat lebih lagi kepada sesebuah organisasi mahupun syarikat. Semoga anda sentiasa selamat daripada ancaman virus.

No comments: