1. Header / Logo
Ada blog yg meletakkan imej header yang terlalu besar dan imej tersebut tidak dioptimize atau compress. Ini menyebabkan waktu untuk loading header sahaja sudah mengambil masa yang sangat panjang.
2. Iklan Pada Header
Ini juga menyumbang kepada waktu loading blog yang lambat. Saya pernah diberitahu cara2 untuk membuatkan iklan cepat load namun ianya tidak dibenarkan oleh pengiklan terutamanya Adsense kerana ini melanggar TOS mereka. Iklan Nuffnang lebih lambat loading berbanding iklan Adsense. Namun saya pasti, meletakkan iklan pada header merupakan salah satu penyumbang t'byk. Oleh itu, mungkin blogger perlu berbincang dengan penyedia iklan agar mencari jalan supaya iklan tidak mengganggu waktu loading.
3. Jenis Tema Yang Menggunakan Imej
Tema yang menggunakan imej sebagai latar belakang rekaan tema juga memberi kesan dengan waktu loading blog atau laman web. Jika boleh, kurangkan penggunaan imej sebaliknya lebihkan penggunaan kawalan warna melalui CSS. Ini akan dpt m'gurangkan waktu loading. Apa yang saya kerap jumpa ialah penggunaan imej atau foto besar pada bahagian ‘body’ atau background.
4. Menu Berasaskan Java
Menu atau navmenu adalah salah satu kemudahan penting buat pengunjung membuat navigasi di dalam blog atau laman web. Ada terdapat berbagai kaedah membina menu, samada kita mahukan dropdown cara css atau fancy. Biasanya jika kita menggunakan yang fancy maka ianya akan melibatkan script tambahan. Script seperti Java ini akan mengganggu loading time satu2 page.
5. Tweetmeme atau Facebook Share
Dua perkara ini biasanya akan ada pada mana2 page atau blog sebagai salah satu medium untuk meningkatkan lagi trafik dan pengunjung satu2 blog atau laman web. Namun disebabkan kedudukannya yang berada di sebelah tajuk post, ini menyebabkan adanya gangguan pada waktu loading. Kerana ada kodnya diproses serentak dengan loading page. Namun jika ianya diletakkan secara float dikiri atau kanan blog, saya dapati ianya tidaklah mengganggu proses loading kerana ianya diproses lewat atau kemudian.
6. Sidebar Disebelah Kiri
Jika mengikut kaedah SEO, sidebar sepatutnya berada dikedudukan sebelah kanan agar kandungan blog diproses terlebih dahulu dan ianya akan berada dibahagian atas. Namun jika sidebar berada di kiri blog page, ianya akan diproses dahulu & ini akan menyebabkan loading page akan menjadi lambat mungkin kerana kandungan sidebar biasanya pelbagai dan menggunakan script tambahan.
7. Terlalu Banyak Iklan atau Pautan Pada Sidebar.
Ramai yg m'ggunakan blog atau laman web sbg sumber pendapatan, oleh itu meletakkan iklan pada sidebar merupakan salah satu jalan yg t'baik. Namun, kita perlu bijak m'yusun kedudukan iklan tersebut. Jika boleh ianya tidak diletakkan di bahagian atas, letakkanlah dibahagian ketiga selepas recent post dan recent comment. Walaupun recent post dan recent comment juga ada memberi kesan pada loading kerana ada terdapat pautan di situ, namun ianya lebih memberi kebaikan kepada pengunjung atau pembaca.
8. Shoutbox atau Shoutmix
Kotak jerit atau shoutbox sepatutnya diletakkan pada bahagian bawah di sidebar bukan pada bahagian atas. Pada saya, penggunaan shout box pada ketika ini sudah tidak begitu sesuai memandangkan kadar penyalahgunaannya yg tinggi. Namun pada yg masih berminat, seharusnya kita meletakkannya di ruangan tdk begitu mengganggu.
9. Foto Besar di dalam Post
Ada blogger yang senang dengan meletakkan foto atau gambar di dalam post mereka. Namun, sebelum foto t'sebut dimuatnaik, sepatutnya ianya dioptimizekan atau dicompress terlebih dahulu agar tidak terlalu besar ‘pixelnya’. Untuk pengunjung yang terpaksa berinternet cara perlahan, ianya amat menyukarkan. Bayangkan jika satu foto terpaksa mengambil masa beberapa minit, bagaimana pula kalau terdapat lima atau enam foto? ini akan menyebabkan pengunjung tadi menekan lambang ‘X’ pada bahagian kanan sebelah atas skrin.
10. Hosting Blog
Ini juga kadangkala berlaku, blog m'jadi lambat loading disbbkan oleh penyedia hosting. Terutamanya yang shared hosting. Sewaktu pendaftaran, mereka kata, uptime 99%. Bila dah guna ianya menjadi downtime 99%. Jika anda menggunakan hosting berbayar, sila adukan pada mereka sekerap yang boleh.

No comments:
Post a Comment