Enjin Carian yg paling popular, Google akan membuka cawangannya yang ke-2 di Asia Tenggara. Keputusan ini dibuat kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang teramai menggunakan Chrome iaitu 17 juta orang dari populasi 27 juta orang. Sasaran Google adalah perniagaan kecil dan sederhana bagi m'bantu mereka meningkatkan lagi pasaran baru. Caw. di M'sia ini dibuka selepas 4 tahun caw. pertamanya dibuka di Singapura.
Google merancang membaiki lagi Google Maps, Google News and Google Translate bagi pengguna tempatan. Tahun ini Google dijangka akan mengambil pekerja seramai 6000 org di seluruh dunia. Itu berita yg terkini tentang Google yang akan membuka pejabat operasinya di Malaysia. Namun persoalannya, apa faedah yg boleh kita perolehi dengan kehadiran Google berdekatan dengan kita? Cuba kita lihat :
1. Google Adsense
Jika sebelum ini hanya blog yang berbahasa inggeris yang akan memperolehi menafaat dari Google Adsense, mungkin Bahasa Melayu akan menjadi salah satu bahasa yang diizinkan selepas Bahasa Indonesia. Jika sebelum ini pelbagai masalah yang dihadapi dalam pembayaran Adsense, mungkin selepas ini kita akan menerima cek tempatan dari Google.
2. Google Translate
Pada sesiapa yang pernah menggunakan Google Translate tentu tahu apa masalahnya terjemahan Google dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Mungkin selepas ini masalah ini akan dapat di atasi.
3. Google Maps
Walaupun program ini sangat membantu, namun peta yang disediakan bukanlah yang terkini. Mungkin selepas ini kita akan jumpa van Google membuat pemetaan pada setiap minggu.
4. Blogspot
Pengguna Blogspot terutamanya, mungkin akan ada widget yang disediakan yang lebih local berbanding sekarang.
Google akan mengambil pekerja dari kalangan penduduk tempatan untuk pejabat dan operasi mereka. Selepas ini jika ada seseorang yang bertanya, “di mana suami awak bekerja..?” akan ada jawapan.. “kat Google lah!” Selepas ini, jangan terkejut kalau kita jumpa Datuk Eric Schmidt, Datuk Sergey Brin dan Datuk Larry Page. Dan mungkin akan ada banyak lagi. Namun yang pasti, pada mana2 individu yang berkelayakan dan berbakat sila lah ambil kesempatan ini.

No comments:
Post a Comment