Banyak pendapat mengatakan, untuk menjadi seorang yang berjaya, seorang yang hebat. Kita perlu tahu untuk bersyukur. Bukan bersyukur yang dibuat2 . Tetapi rasa syukur dan berterima kasih dengan penuh keikhlasan. Mengapa kita perlu rasa bersyukur? Ini kerana perasaan syukur yang penuh ikhlas merupakan asas yang menghasilkan persepsi yang positif di dalam diri kita. Perkara penting yang perlu anda tahu bahawa setiap perkara yang kita rasakan dan fikirkan merupakan hasil olahan minda kita sendiri. Sekiranya kita sentiasa membiasakan diri kita dengan selalu mengucapkan terima kasih dan bersyukur tentang perkara-perkara kecil, maka alam bawah sedar kita semakin terbiasa untuk menerima hal2 positif . Dan dengan ini akan menghasilkan diri kita yang baru iaitu diri yang lebih positif. M'punyai minda yg positif, ianya akan m'gambarkan keadaan di dalam diri ke luar diri kita. Dengan mempunyai minda yang positif dan persepsi2 yang positif, Ianya akan membantu kita mengatasi segala hal yang negatif dari luar diri kita. Dengan minda dan perasaan yang positif, ianya akan menarik perkara-perkara yang positif. Pendek kata, semakin tinggi nilai persepsi diri yang positif, anda akan menjadi lebih positif, dan seterusnya akan menjadi magnet bagi setiap perkara yang anda inginkan. Termasuklah dari segi kewangan atau apa jua yang anda inginkan.
Saturday, March 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment