Friday, March 4, 2011

5 Prinsip Asas dalam Bisnes Online

1. Mempunyai Mindset Yang Betul Tentang Perniagaan
Memerlukan disiplin yang tinggi jika mahu berjaya sebagai usahawan internet. Mindset yang betul ini perlu dibina terlebih dahulu asasnya. Ia perlukan kerja keras, perancangan perniagaan yang sebenar dan memerlukan semangat yang tulen. Baru boleh jadi usahawan internet yang sejati.

2. Usah Bekerja Bersendirian
Bisnes online bukan bermakna anda bekerja bersendirian semata-mata. Sebenarnya ia memerlukan kreativiti dan inovasi didalam selok belok perniagaan internet. Ada masanya kita membuat kerja teknikal dan ada masanya pula kita socialize untuk viral marketing di dalam Facebook, Myspace, Youtube, digg, YM, Skype etc. Kita juga memerlukan mentor atau internet guru yang dapat membimbing dengan baik. Lagi banyak mentor lagi bagus. Kita belajar untuk jadi lebih baik dalam apa jua aspek sekalipun.

3. Usah Kedekut Dalam Pelaburan ilmu Keusahawanan Internet
Sekiranya saudara ada simpanan RM100 eloklah invest dalam pelaburan ilmu keusahawanan bagi meningkatkan kualiti dan reputasi sebagai usahawan internet yang berdaya saing. Sehubungan itu, ilmu adalah teramat penting sebagai aset seseorang usahawan internet. Bisnes online cepat berubah dan kita wajar manfaatkannya sebaik mungkin. Lagi cepat kita menguasai sesuatu ilmu, lagi cepatlah kita dapat menghasilkan pulangannya. Knowledge is Power !

4. Minimumkan Kerugian, Maksimumkan Keuntungan
Prinsip keempat ini juga merupakan intipati sebenar dalam arena bisnes online. Dengan kuasa Internet sebagai leverage, ia mampu menjimatkan kos masa, tenaga dan wang. Dalam masa yang sama menjimatkan masa untuk ke kedai dan kita boleh focus pada sales & marketing secara online. Penggunaan Email, Yahoo Messenger (YM), Skype, Facebook, Myspace dan lain-lain dapat menjimatkan kos komunikasi telefon. Di samping itu kita boleh guna menggunakan blogspot sebagai platform awal bisnes online.

5. Sentiasa Buat Yang Terbaik & Memberi Kualiti Yang Terbaik
Dalam mana-mana bisnes sekalipun yang penting adalah 'value' atau nilai terbaik yang merujuk kepada kualiti. Jika produk atau servis anda mempunyai value dan dihargai pelanggan maka ia sudah cukup membuktikan bisnes online kita yang terbaik dan berkualiti. Bila pelanggan puas hati dan reputasi nama bisnes online kita meningkat maka ia sudah jadi satu profit yang baik untuk jangka masa panjang.

No comments: