Wednesday, May 5, 2010

10 Trend Terkini Dunia IT

Trend 1 : Adalah perisian yang berasaskan Microsoft Vista, termasuklah perkembangan komputer riba yang dikuasai oleh enam perusahaan pengeluar notebook terbesar di dunia, Quanta, Compal, Wistron, Inventec, Asus dan Foxconn.
Trend 2 : Merupakan inovasi di dunia konsol permainan, seperti Wii, PS3 dan Xbox, termasuk perkembangan peralatan sampingannya yang jumlahnya amat lumayan.
Trend 3 : Berkaitan dengan perkembangan di dunia television LCD berukuran besar, 32, 37 dan 40 inci yang banyak dipasang di ruang terbuka seperti dataran-dataran, mall-mall dan lobi pejabat dan syarikat. Dunia LCD yang “dikuasai” oleh Jepun dan Korea sedikit diambil oleh beberapa vendor dari Taiwan, seperti MiTAC, Compal dan Wistron.
Trend 4 : Yang hampir sama dengan trend ketiga di atas, iaitu makin banyaknya pengeluaran layar LCD yang secara siginifikan mengenepikan pemakaian monitor CRT, terutama dengan perkembangan pesat didalam penggunaan notebook yang naik sampai 33% di tahun 2006 lalu.
Trend 5 : Merupakan trend yang tidak putus-putus di dalam beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu apa yang disebut sebagai “emas hitam” atau memori DRAM yang keperluannya meningkat sehingga mencecah 35 juta dolar Amerika.
Trend 6 : Berhubungan dengan perkembangan telekomunikasi bergerak iaitu peralatan telefon selular dengan teknologi 3.5G yang sarat dengan pelbagai teknologi.
Trend 7 : Adalah naiknya penjualan komponen semikonduktor di bidang telekomunikasi, yang seiring dengan penurunan penjualan semikonduktor di komputer atau PC.
Trend 8 : Mengukuhkan kelahiran 802.11n, iaitu piawaian wireless LAN (WIFI) yang akan segera menjadi piawaian dunia, apalagi jenama-jenama terkenal seperti Apple TV dan Microsoft Vista sedang memanfaatkan teknologi ini secara optimal.
Trend 9 : Mengacu ke perkembangan industri tenaga solar atau tenaga matahari yang banyak digunakan di negara sedang membangun.
Trend 10 : Bergerak di dunia Portable Navigation Device (PND), iaitu peringkat konsumer untuk navigasi, penyesuaian perkembangan GPS dan sekaligus komponen penunjangnya seperti SoC dan Sip Single Chip yang membuat peringkat PND ini semakin kecil dan lebih banyak

No comments: