Thursday, May 6, 2010

Mempopularkan Blog Anda

3 cara paling popular untuk mendapatkan pelawat ke blog anda :-

1. Comment

Mendapatkan pelawat blog dengan cara memberi komen ke atas blog lain, adalah cara yang agak popular dan sangat mudah. Dimana blog kamu biasanya akan dilawati oleh empunya blog yang kamu comment dan juga pelawat blog tersebut. Cara ini amat mudah tapi kamu jangan memberi komen dengan hanya 2 atau 3 perkataan saja, ianya seperti kamu hanya inginkan tuannya blog melawat blog kamu. Disamping untuk mendapatkan pelawat kamu juga boleh mendapat kawan dari kalangan bloggers juga.

2. Forum

Dengan berforum disamping anda berbincang dan mendapatkan maklumat kamu juga boleh mendapatkan traffic daripada situ, dengan cara meletakkan link ke blog kamu di ruangan signature, jadi kamu perlu aktif di forum supaya signature kamu akan banyak dilihat oleh ahli forum. Tapi kamu perlu beretika didalam forum ikut peraturan yang ditetapkan supaya tidak susah di kemudain hari.

3. Social Network

Mendapatkan pelawat dari social network agak popular sekarang ini, social network yang paling popular digunakan pada ketika ini adalah Facebook dan tweeter, dua social network ini mempunyai kelebihan tersendiri disamping kamu mencari kawan dan berkawan kamu juga boleh mendapatkan pelawat ke blog kamu. Semakin ramai kawan kamu di social network maka tidak mustahil untuk kamu mendapat pelawat yang ramai ke blog kamu.

No comments: