Wednesday, May 19, 2010

Italy : Juara Piala Dunia 2006

Kini sudah sampai pada kemuncak kejohanan Piala Dunia 2006 yang akan ditentukan pada 9 Julai ini. Dua pasukan yang tidak diramal dan dijangka untuk sampai ke tahap ini telah berjaya melepasi segala rintangan. Pasukan Italy telah memenangi 5 perlawanan dan seri 1 perlawanan dalam edisi Piala Dunia 2006 kali ini. Dari 6 perlawanan ini Itali telah menjaringkan 11 gol dan kena 1 gol sahaja. Mereka telah berjaya membuat 45 percubaan tepat ke arah gol lawan, 11 daripadanya dilakukan oleh Francesco Totti dan 9 oleh Luca Toni. Manakala pasukan Perancis pula telah memenangi 4 perlawanan dan seri 2 perlawanan. Dari keseluruhan perlawanan ini Perancis telah menjaringkan 8 gol dan kena 2 gol.

Kekuatan jentera serangan Perancis boleh dilihat dengan 30 percubaan tepat ke arah gol, 11 daripadanya dilakukan oleh Thierry Henry dan 4 oleh Frank Ribery Italy memburu kejuaraan Piala Dunia kali ke-4 manakala Perancis untuk kali ke-2. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjadi juara dan ianya akan ditentukan pada 9 Julai pukul 8.00 malam di Stadium Olimpik, Berlin bersamaan 10 Julai pukul 2.00 pagi di Malaysia. Akhirnya juara Piala Dunia 2006 adalah milik pasukan Italy melalui tendangan penalti 5-3 selepas masa penuh dan masa tambahan kedudukan terikat 1-1.

Gol awal tersebut dijaringkan oleh Zinedine Zidane pada minit ke 7 dan Marco Materazzi di minit ke 19. Kisah duka Perancis sudah mula terbayang apabila Zidane telah dkenakan kad merah kerana menanduk Materazzi di dada pada minit ke 111. Ini merupakan kali ke empat Itali menjadi Juara Piala Dunia. Edisi piala dunia kali ini melihat sebanyak 147 gol telah dijaringkan. Miroslove Klose dari Jerman adalah penjaring terbanyak dengan 5 gol dan telah dianugerahkan Kasut Emas. Manakala pasukan Jerman merupakan pasukan yang menjaringkan gol terbanyak iaitu 13. Sebaliknya pintu gol yang paling banyak ditembusi ialah Serbia Montonegro dengan 10 jaringan. Tahniah kepada pasukan Italy !

No comments: