Tuesday, April 12, 2016

ZTE Nubia Z9

ZTE merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti mudah-alih dari China yang telah beroperasi sekian lama, serta turut menawarkan sejumlah peranti mereka untuk pasaran tempatan. Terkini, hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan ZTE Nubia Z9, peranti berspesifikasi tinggi terbaru daripada mereka. Menjadi fokus utama pada peranti ZTE Nubia Z9 ini adalah rekaan skrin hadapannya, dimana ia membawakan rekaan bahagian tepi kerangka skrin hadapan yang sangat nipis – hampir kepada tiada. Untuk skrin hadapan, ia membawa skrin bersaiz 5.2-inci dengan resolusi 1080p. Kerangka tepinya dikatakan hanya setebal 0.8mm sahaja. ZTE turut melengkapkan ZTE Nubia Z9 ini dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, serta hadir dengan pilihan memori 3GB RAM dan juga 4GB RAM. Untuk rakaman gambar pula, ZTE menyertakan kamera belakang 16-megapixel f/2.0 dengan sokongan OIS, serta kamera hadapan 8-megapixel untuk rakaman selfie. ZTE selain menyertakan pelbagai spesifikasi terkini, turut melengkapkan peranti ini dengan antaramuka Android mereka tersendiri, dinamakan ZTE Nubia UI 3.0. Melaluinya, mereka menyertakan beberapa fungsi khusus, termasuk gesture untuk memudahkan beberapa tugasan seperti merakamkan gambar skrin, mengubah kejelasan gambar, serta memulakan kamera. Versi spesifikasi tinggi (dengan ruangan storan 64GB serta memori 4GB RAM) turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari khusus pada butang kuasa untuk membolehkan pengguna mengakses peranti dengan pantas serta pada masa yang sama mementingkan sekuriti. Buat masa ini, ZTE hanya memulakan pra-tempahan peranti ini di China sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihatnya di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

No comments: