Thursday, April 14, 2016
Virgo – Pengurus Desktop Maya Untuk Windows Dengan Saiz Sebesar Hanya Sekitar 7KB
Windows
10 bakal membawakan sokongan pengurus desktop maya, membolehkan anda
menguruskan desktop dengan lebih baik dan membahagikan ia untuk beberapa
tugasan berbeza. Dengan konsep sama, terdapat beberapa pengurus desktop
maya lain di pasaran hari ini. Tetapi, salah satu perisian terbaru
dengan fungsi sama yang menarik perhatian akhir-akhir ini adalah Virgo.
Virgo adalah perisian bersaiz kecil untuk Windows, dan menawarkan fungsi
asas untuk pengurusan desktop maya. Fail pemasangannya hanya sekitar
7KB, dan ia juga tidak menggunakan memori yang tinggi. Sebaik sahaja
memulakan Virgo, ia akan memaparkan sebuah ikon pada tray di bahagian
paparan jam di desktop, menandakan desktop yang anda sedang akses adalah
paparan desktop yang mana. Sehingga 4 desktop disokong, dan pengguna
boleh mengaksesnya menggunakan kekunci ALT + 1 atau ALT + 2, dan
seterusnya. Tiada halaman tetapan yang disediakan, dan pengguna boleh
keluar daripada program tersebut pada bila-bila masa dengan menekan ALT +
CTRL + SHIFT + Q. Ia agak mengecewakan kerana pengguna umum mungkin
menghadapi masalah untuk mengubah tetapan kekunci pintas yang disediakan
oleh Virgo. Tetapi memandangkan ia menawarkan penggunaan desktop maya
tanpa menggunakan memori tinggi atau saiz pemasangan yang besar, mungkin
ini akan menjadi salah satu perisian pilihan pengguna Windows 7 dan
juga Windows 8 – jika anda sedang mencari sesuatu untuk membuat
pengurusan desktop anda. Muat-Turun Virgo untuk Windows
https://github.com/papplampe/virgo
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment