Tuesday, April 12, 2016

Tesla Model S70D Dan S85

Bercakap mengenai kenderaan atau kereta elektrik, jenama Tesla merupakan salah satu jenama yang popular. Kini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak kenderaan Tesla di jalan raya Malaysia tidak lama lagi, apabila kini ia diketahui, kenderaan Tesla akan memasuki Malaysia secara rasminya pada tahun ini. Kenderaan elektrik Tesla ini akan diperkenalkan dan dilancarkan khusus untuk kegunaan badan kerajaan (GLC), hasil usaha pihak Malaysian Green Technology Corporation (MGTC). Sebanyak lebih kurang 120 kenderaan elektrik Tesla dijangka akan dibawa masuk. Tesla Corp sendiri mengatakan mereka akan melancarkan model S70D dan juga S85 hasil kerjasama dengan pihak MGTC. MGTC dikatakan memilih Tesla kerana kenderaan keluaran mereka menawarkan jarak penggunaan yang jauh dan pada masa yang sama saiz kenderaan Tesla tersebut sendiri. MGTC akan menawarkan kenderaan berkenaan kepada GLC dalam bentuk sewa. Harga sewa masih boleh ditentukan buat masa ini dan masih pada peringkat kajian. Namun, ia dikatakan mungkin sekitar RM6000 sebulan.

No comments: