Tuesday, April 12, 2016

Snake Rewind

Snake merupakan salah satu permainan popular pada telefon Nokia suatu ketika dahulu. Ia telah dibangunkan oleh Taneli Armanto pada tahun 1997, dimana ketika itu beliau merupakan jurutera rekabentuk di Nokia, dan permainan Snake pertama pada Nokia telah hadir bersama Nokia 6110. Kini, beliau bekerjasama dengan Rumilus Design, dalam membawakan permainan sama tetapi dengan integrasi beberapa ciri moden. Permainan yang dikenali dengan nama Snake Rewind ini bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan – 14 Mei. Melalui halaman promosi permainan berkenaan, mereka mengatakan permainan ini akan membawakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk kebolehan untuk memainkan ular berkenaan secara mengundur sekiranya ia langgar dinding. Disamping itu, beberapa jenis buah disediakan yang menawarkan kuasa berbeza, selain 10 tahap disediakan dengan lagu dan kesan visual menarik. Pengguna juga turut boleh bersaing dengan rakan-rakan lain dari segi skor, selain permainan ini dijangka akan menyertakan “Fruit Store” untuk menambah kuasa watak seseorang pemain. Permainan Snake Rewind ini bakal ditawarkan untuk Android, iPhone dan Windows Phone bermula 14 Mei kelak. Dengan perekabentuk Snake pada Nokia terlibat dalam projek ini, semestinya ia dinantikan ramai untuk dimuat-turun dan dicuba pada minggu hadapan.

No comments: