Thursday, April 7, 2016

Samsung Galaxy Tab A

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah menambah penawaran tablet terbaru mereka, dimana mereka kini menawarkan Samsung Galaxy Tab A – keluarga tablet baru daripada Samsung, yang hadir dalam dua variasi saiz, iaitu 8-inci dan juga 9.7-inci. Samsung Galaxy Tab A dikatakan membolehkan pengguna menggunakan tablet tersebut dengan mudah untuk tujuan produktiviti, apatah lagi dengan kemudahan memegangnya pada sebelah tangan dengan lebih baik. Galaxy Tab A membawakan rekaan ikonik Samsung, serta lebih ringan dan nipis berbanding pelbagai tablet lain. Samsung mengatakan ia ditujukan lebih kepada para pelajar dan juga orang muda yang inginkan peranti untuk digunakan pada bila-bila masa. Galaxy Tab A juga turut hadir dengan nisbah skrin 4:3. Seperti pada Galaxy S6, pihak Samsung turut menyertakan beberapa fungsi khusus daripada Microsoft, termasuk ruangan storan percuma 100GB melalui OneDrive, serta aplikasi Microsoft Office yang hadir terbina pada tablet berkenaan. Galaxy Tab A bersaiz 8-inci hadir dengan skrin beresolusi 1024×768 pixel, pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 410,  kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB (dengan sokongan mikro-SD), bateri berkapasiti 4200mAh, serta menyokong rangkaian LTE selain WiFi. Versi bersaiz 9.7-inci turut membawakan spesifikasi lebih kurang sama, cuma perbezaan dari segi saiz skrin dan juga kapasiti bateri sebesar 6000mAh. Seperti dinyatakan pada awal, kedua-duanya hadir dengan sokongan S-Pen untuk memudahkan input atau pengambilan nota oleh para pengguna. Di Malaysia, Galaxy Tab A akan dijual  pada 15 Mei hadapan pada harga RM1299 untuk model bersaiz 8-inci, dan RM1599 untuk model bersaiz 9.7-inci.

No comments: