Thursday, April 7, 2016

Pelayar Web Pengganti Internet Explorer Akan Dikenali Dengan Nama Microsoft Edge

Microsoft telah menguji Project Spartan pada desktop dan telefon pintar sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini secara rasminya pihak Microsoft mengumumkan nama untuk pelayar web baru mereka kelak, dimana ia akan dikenali sebagai Microsoft Edge. Microsoft Edge bakal menggantikan Internet Explorer, dan hadir sebagai aplikasi universal – bermakna anda boleh menggunakannya pada tablet, telefon pintar, dan komputer dengan mudah. Seperti biasa, ia akan hadir terbina pada Windows 10 kelak. Microsoft Edge adalah nama akhir untuk Project Spartan, dimana ia turut hadir dengan pelbagai sokongan menarik, termasuk integrasi Cortana, dan juga input terus ke OneNote. Microsoft turut menekankan yang mana mereka turut akan menyertakan Internet Explorer 11 untuk sokongan legasi bagi beberapa perkhidmatan web – terutamanya memfokuskan perusahaan. Jadi, bagi anda, adakah anda menyukai nama “Edge” untuk pelayar web?

No comments: