Friday, April 1, 2016
Path Dilaporkan Mungkin Menjual Bahagian Laman Sosial Mereka Kepada KakaoTalk
Path merupakan salah satu laman sosial peribadi yang mempunyai golongan pengguna tersendiri – dan agak popular di Indonesia. Ia telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi penggunaannya di seluruh dunia tidak begitu meluas berbanding beberapa yang lain. Kini, Path dikatakan dalam perbincangan bersama pihak kakao Talk untuk menjual bahagian laman sosial mereka kepada syarikat permesejan daripada Korea Selatan berkenaan. Path dikatakan akan terus beroperasi secara berasingan selepas penjualan bahagian laman sosial mereka, dan mengekalkan penawaran beberapa aplikasi lain mereka – seperti Path Talk. Untuk Kakao Talk pula, mereka boleh terus mengukuhkan angka pengguna mereka, selain pada masa yang sama mendapat kedudukan yang tinggi di Indonesia, serta pada masa yang sama turut bersaing dengan lebih aktif dengan WeChat serta Line. Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment