Thursday, April 14, 2016

MyFon – Kad SIM Dengan Dwi-Fungsi, Boleh Digunakan Pada Telefon Awam Di Sekolah

Terdapat beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia pada hari ini, dan terkini, salah satu syarikat telekomunikasi baru yang kami kenali adalah MyFon. MyFon mengatakan mereka merupakan pertama di Asia yang menawarkan kad-SIM dwi-fungsi, dimana selain boleh digunakan pada telefon, ia juga turut boleh digunakan pada telefon awam khusus yang dinamakan sebagai MyFon. MyFon ini dilihat lebih memfokuskan kepada pelajar di asrama, dimana mereka biasanya tidak boleh membawa telefon dan perlu menggunakan telefon awam untuk membuat panggilan ke rumah. Perkara ini dijayakan dengan penawaran dua jenis kad SIM, dimana satu digunakan pada telefon, dan satu lagi untuk digunakan pada telefon awam MyFon. Kedua-duanya akan berkongsi kredit yang sama. Memandangkan ia dilihat sedikit memfokuskan kepada pelajar, pihak MyFon dilihat menawarkan masa penggunaan selama 30 hari untuk tambah-nilai RM10. Daripada caj yang dikenakan, MyFon mengenakan caj sebanyak 10 sen untuk seminit, dan 5 sen untuk satu SMS. Pengguna juga turut boleh menggunakan telefon awam MyFon untuk menghantar SMS. Bagi tujuan tambah-nilai, MyFon menggunakan tambah-nilai TuneTalk, membolehkan anda menerima kredit tambahan sebanyak RM20 apabila membuat pembelian kredit tambah-nilai sebanyak RM50. Menurut wakil MyFon, telefon awam MyFon ini telah pun terpasang pada sejumlah sekolah-sekolah seluruh Malaysia, menjadikan MyFon sebagai salah satu pilihan menarik untuk digunakan oleh pelajar sekolah. Memandangkan pelajar tidak boleh membawa telefon ke sekolah, mungkin ini merupakan salah satu alternatif yang baik untuk mereka. Apa kata anda berkenaan dengan penawaran MyFon ini? Layari : MyFon http://www.myfon.com.my/

No comments: