Monday, April 18, 2016
Kemampuan Kamera HTC One M9 Dilaporkan Jauh Di Belakang Pesaing
HTC One M9 ialah peranti terkini oleh HTC yang cuba mencabar monopoli Samsung Galaxy S6 dan Apple iPhone 6. Dalam kebanyakan ulasan yang kami baca dan pandang pertama kami sendiri, kami sedari kemampuan kamera peranti utama ini agak mengecewakan. Sebelum ini tiada nilai kualitatif yang boleh diberikan kepada kemampuan kamera tetapi kini ia dilakukan oleh laman DXOMark. Menurut ujian yang dilakukan mereka, kamera HTC One M9 terletak jauh di tempat ke-22 berbanding pesaing mereka. Tempat teratas masih lagi dipegang oleh Samsung Galaxy S6 Edge diikuti oleh Galaxy Note 4 , iPhone 6 Plus, iPhone 6, Galaxy S5 dan Xperia Z3. Lima daripada enam peranti dengan kamera terbaik ini menggunakan sensor kamera yang dihasilkan oleh Sony. Hanya Galaxy S5 menggunakan sensor Isocell buatan mereka sendiri. Keputusan ujian ini pastinya membawa impak negatif kepada jualan HTC One M9. Kedudukan tangga ke-22 meletakkan mereka di belakang Samsung Galaxy S3 dan juga Amazon Firephone, dua peranti yang kini tidak lagi laku di pasaran. Kami difahamkan sensor Toshiba One M9 turut digunakan oleh One M9+. Adakah keputusan ujian kamera yang mengecewakan ini membuatkan anda berfikir dua kali untuk memiliki One M9+? Kongsikan pendapat anda di bawah
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment