Monday, April 18, 2016

Google Now On Tap

Google dengan fokus terhadap peranti mudah-alih, salah satu fungsi yang terus ditambah baik oleh mereka dari hari ke hari adalah Google Now. Sehingga kini, sejumlah sokongan telah disertakan untuk memudahkan akses informasi ketika dan bila mana diperlukan. Kini, Google terus menambah-baik sokongan tersebut dengan mengumumkan Google Now On Tap. Google Now sebelum ini telah sedia menyokong kemudahan untuk memudahkan pengguna membuat peringatan, membuka aplikasi, dan memaparkan notifikasi seperti lokasi parkir, tiket penerbangan dan sebagainya. Melalui Now On Tap, kini Google membawa sokongan Google Now terus untuk diakses pada mana-mana aplikasi, selain memudahkan lagi pengguna mendapatkan informasi. Daripada apa yang dipertontonkan, Google memperlihatkan kebolehan untuk pengguna membuka sebarang aplikasi, dan membuat carian atau mendapatkan informasi lanjut berkaitan sesuatu perkara dalam aplikasi berkenaan dengan mudah. Pengguna hanya perlu tap sementara pada butang Home, dan Google Now On Tap akan dimulakan, dan memaparkan informasi yang dikehendaki anda. Gokongan Google Now On Tap ini berfungsi tanpa mengira aplikasi, dan Google mengatakan ia memerlukan Android M untuk berfungsi.

No comments: