Tuesday, April 12, 2016

Gambar Samsung Galaxy S6 Active Tertiris

Samsung Galaxy S6 ialah peranti yang sedang hangat penjualannya di pasaran. Gabungan binaan premium. prestasi tinggi dan kemampuan kamera yang baik memperbaiki imej keluarga Galaxy S yang tercalar sejak kebelakangan ini. Namum keputusan Samsung untuk tidak menjadikannya sebuah peranti kalis air seperti S5 menerima kritikan dari sebilangan kecil pengguna. Hari ini gambar peranti yang dikatakan adalah Samsung Galaxy S6 Active tertiris.  Rekaan S6 Active menyerupai Samsung Galaxy Xcover 3 dan Galaxy Tab Active. Bahagian sisi bergetah bagi menyerap hentakan dan turut menggunakan 3 buatang navigasi fizikal. Tiada pengimbas cap jari dapat dilihat pada versi Active ini. Ura-ura mengatakan S6 Active akan mengekalkan spesifikasi yang sama seperti S6 dengan saiz bateri dipertingkatkan kepada 3500 mAh. Adakah anda berminat untuk memiliki S6 Active sekiranya ianya memasuki pasaran tempatan ?

No comments: