Friday, April 1, 2016

Facebook Melancarkan Messenger.com

Facebook Messenger sebelum ini diintegrasikan pada perkhidmatan web Facebook dimana ia dipaparkan sebagai fungsi chat pada laman sosial berkenaan. Kini, seperti mana tawaran aplikasi khusus untuk Android dan juga iOS, pihak Facebook turut mengemaskini halaman Messenger.com dan menawarkan akses khusus untuk perkhidmatan Facebook Messenger. Menggunakan Messenger.com, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan permesejan daripada Facebook berkenaan tanpa sebarang gangguan Facebook yang lain dan memfokuskan sepenuhnya kepada berkomunikasi. Seperti semua sedia maklum, Facebook Messenger menawarkan sokongan panggilan video, selain turut hadir dengan kebolehan menghantar dokumen dan sebagainya. Pengenalan versi web khusus ini juga hadir lanjutan daripada pengenalan Messenger sebagai platform khusus yang menawarkan pembangun lain membangunkan aplikasi untuknya. Jadi, jika anda ingin hanya menggunakan Facebook untuk sokongan permesejan sahaja selepas ini, maka mungkin berbanding dengan membuka laman Facebook.com, anda boleh ke laman Messenger.com. Layari : Messenger.com http://messenger.com/

No comments: