Thursday, April 7, 2016

Debian Linux 8 Jessie

Bercakap mengenai sistem operasi sumber terbuka, Debian merupakan salah satu yang popular, dan terkini, pembangun Debian Project secara rasminya telah pun melancarkan Debian GNU/Linux 8 yang dikenali dengan nama kod Jessie. Debian Linux hadir dengan sokongan antaramuka desktop GNOME 3.14, KDE 4.11 da juga Xfce 4.10. Disamping itu, pelbagai perisian baru bersama-sama dengannya, termasuk LibreOffice 4.3, Firefox terkini, Calligra 2.8, dan pelbagai perisian terkini yang lain. Debian Linux 8 ini juga turut hadir dengan sistem init berasaskan kepada systemd. Seperti biasa, ia ditawarkan dalam pelbagai variasi iaitut ermasuk 64-bit dan juga 32-bit, selain variasi Cinnamon dan juga MATE. Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya hari ini. Selain daripada Debian 8, baru-baru ini juga Ubuntu Linux 15.04 telah dilancarkan.

No comments: