Thursday, April 14, 2016

Daimler Dan Qualcomm Mengumumkan Kerjasama

Daimler merupakan syarikat disebalik kenderaan popular, Mercedes, hari ini secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Qualcomm. Kedua-dua syarikat ingin berkolaborasi dalam membawa beberapa teknologi menarik untuk digunakan pada kenderaan – selain pada masa yang sama berhubung-kait dengan penggunaan peranti mudah-alih. Pada fasa pertama kerjasama ini, Qualcomm dan Daimler ingin menawarkan sokongan data selular 3G/4G yang lebih baik, selain pada masa yang sama ingin membolehkan kenderaan elektrik Mercedes dicas tanpa perlu menghubungkan kabel kepadanya. Perkara ini ingin dijayakan dengan penggunaan teknologi Qualcomm Halo WEVC, dimana selain mengecas kenderaan, ia juga ingin memudahkan pengguna untuk mengecas peranti dalam kenderaan tanpa-wayar dengan mudah. Dengan kerjasama ini juga, ia dilihat Qualcomm akan membawa teknologi kenderaan berhubung mereka setapak kehadapan, disamping menguntungkan pihak Daimler dalam menawarkan teknologi terkini kepada pelanggan Mercedes mereka.

No comments: