Thursday, April 7, 2016

Couchlet : Memudahkan Pengecasan Peranti Dari Sofa Dan Katil

Bayangkan situasi ini. Anda sedang menonton TV sambil bermain peranti pintar. Tiba-tiba bateri anda mencecah tahap kritikal dan perlu dicas. Anda mencari palam kuasa dan pengecas. Apabila peranti dicas anda sedari kabel terlalu pendek dan anda tidak boleh duduk lagi di atas sofa dan terpaksa duduk di atas lantai. Ini adalah masalah yang sering kami hadapi sejak menggunakan peranti pintar. Pergantungan kepada pengecas apabila sedang santai di ruang tamu ini adalah perkara yang saya yakin turut dialami oleh pembaca sekalian. Couchlet ialah sebuah lagi alat yang cuba menyelesaikan masalah di atas. Ia adalah alat dengan dua port USB 2.0 yang boleh disambungkan kepada dua peranti untuk dicas. Ia dilengkapi kabel kuasa sepanjang 8 kaki yang kemudiannya boleh disambungkan kepada palam kuasa pengecas anda. Sekaligus anda tidak perlu lagi duduk di atas lantai ketika peranti dicas. Ia turut sesuai digunakan di atas katil. Masa tidur dan malam Jumaat anda kini pastinya lebih terganggu kerana kini anda boleh melayari web di atas katil tanpa risau peranti akan kehabisan bateri.Couchlet sedang mengumpul dana untuk penghasilan pada skala besar-besar. Ia boleh dimiliki anda pada harga  $16 sebuah.

No comments: