Friday, April 1, 2016

CLIC Marble : Cangkerang Marmar Untuk iPhone

Pelbagai bahan digunakan bagi menghasilkan cangkerang peranti. Ada yang diperbuat daripada getah bagi memastikan peranti tahan hentakan dan tidak akan rosak. Ada juga yang diperbuat daripada rumput bagi memudahkan ia terbiodegradasi secara semula jadi. Hari ini ada sebuah lagi cangkerang unik yang kami temui keluaran Native Union. CLIC Marble ialah cangkerang untuk iPhone 6 ini diperbuat daripada batu marmar. Batu marmar putih dan hitam digunakan pada panel belakang untuk memberikan rekaan yang unik. Panel marmar yang digunakan dibina secara lamina bagi memastikan ianya tahan hentakan sekiranya terjatuh. Setiap cangkerang marmar ini dijual pada harga $79. Harga yang agak mahal untuk cangkerang telefon tetapi harus diakui ia kelihatan amat cantik dan bergaya.

No comments: