Tuesday, April 12, 2016

C.H.I.P. – Komputer Bersaiz Mini Pada Harga Bawah RM35

Bercakap sahaja mengenai komputer mini atau mini PC, semestinya ramai yang teringat kepada Raspberry Pi dan beberapa penawaran seumpamanya yang lain. Terkini, menyertai arena sama adalah sebuah projek komputer mini yang baru, dinamakan sebagai C.H.I.P. Menariknya mengenai projek ini adalah bukan sahaja saiz C.H.I.P tersebut yang sangat kecil, tetapi juga harga jualannya yang hanya $9 (sekitar ~RM32). Pembangunnya sedang mengumpulkan dana melalui KickStarter buat masa ini, dan pengguna tempatan yang membuat sumbangan untuk membeli dikehendaki menambah $20 untuk urusan penghantaran. Menggunakan C.H.I.P, ia boleh digunakan bukan sahaja oleh mereka yang teknikal dan pengodam projek, tetapi juga boleh digunakan oleh para pelajar, cikgu, ataupun kanak-kanak. Pelbagai sokongan awam seperti penggunaan perisian pejabat LibreOffice, atau kebolehan melayari web turut disertakan. Pengguna turut boleh menghubungkan alat kawalan melalui Bluetooth, atau turut menyambungkan tetikus dan juga papan kekunci. Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan 1Ghz, memori 512MB RAM dan ruangan storan 4GB. C.H.I.P turut dilengkapi dengan sokongan WiFi dan juga Bluetooth 4.0. Pelbagai perisian sumber terbuka turut dioptimasikan untuk digunakan oleh C.H.I.P ini. Pihak pembangunnya juga turut menyediakan sebuah penambahan khusus dinamakan Pocket C.H.I.P pada harga $49 untuk membolehkan pengguna menggunakannya sebagai peranti mudah-alih. Bagi anda yang berminat dengan arena perkomputeran mini, anda boleh membuat sumbangan pada C.H.I.P melalui KickStarter, dan mendapatkannya apabila ia dipasarkan kelak. KickStarter : C.H.I.P https://www.kickstarter.com/projects/1598272670/chip-the-worlds-first-9-computer?ref=hero_thanks

No comments: