Thursday, April 7, 2016

Asus ZenWatch 2

Asus telah memperkenalkan jam tangan berasaskan kepada Android Wear mereka, iaitu ZenWatch pada IFA 2014 pada bulan September 2014 yang lepas. Peranti tersebut tidak dijadualkan untuk memasuki pasaran Malaysia, dan dikatakan hanya generasi kedua jam tangan pintar berkenaan akan memasuki pasaran tempatan. Generasi kedua untuk jam tangan pintar berkenaan, atuapun lebih dipanggil sebagai ZenWatch 2 pada awalnya dijangka mungkin diperkenalkan sekitar pada Computex 2015 ataupun IFA 2015. Namun, kini ia dilihat mungkin pengguna perlu menantikan untuk tempoh yang lebih lama bagi mendapatkan peranti berkenaan. Mengikut laporan terbaru, CEO Asus dipetik mengatakan ZenWatch 2 hanya akan diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun hadapan. Menurut CEO Asus lagi, ia kini dalam pembangunan, dan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan dua variasi pada tahun hadapan, iaitu variasi khusus untuk wanita dan juga untuk lelaki. Seperti semua sedia maklum, beberapa jam tangan pintar dipasaran hari ini agak bersaiz besar, dan sesetengahnya sedikit tebal dan mungkin tidak digemari pengguna wanita. Mungkin penawaran rekaan khusus ZenWatch 2 untuk pengguna wanita akan menarik lebih ramai mendapatkan jam tangan pintar Asus. Dengan perkongsian CEO Asus ini, kini semestinya ramai tertanya-tanya apakah bakal diperkenalkan oleh Asus ketika Computex dan juga IFA kelak.

No comments: