Thursday, April 7, 2016

Asus Zenfone 2 Bermula Harga RM599 Di Malaysia

Asus Malaysia bakal mulakan jualan Zenfone 2 di Malaysia bermula minggu hadapan, dan sebagai persediaan, kini mereka telah pun berkongsi maklumat mengenai harga peranti berkenaan melalui sebuah acara khusus untuk para pengedar rasmi mereka di Malaysia. Daripada apa yang dilihat, Asus bakal menawarkan lima variasi peranti Zenfone 2 di Malaysia – dimana versi paling rendah adalah Asus Zenfone 2 ZE500CL yang membawakan ruangan storan 8GB, cip Intel Z2560 1.6Ghz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia bakal dijual pada harga RM599. Model lain yang ditawarkan adalah semuanya bersaiz 5.5-inci, dan hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel. Asus Zenfone 2 ZE550ML yang membawakan Intel Z3560 1.8GHz dengan ruangan storan 16GB berharga RM749 di Malaysia, sementara variasi 32GB untuknya berharga RM899 di Malaysia. Bagi mereka yang inginkan variasi dengan memori 4GB RAM, Asus menawarkan Asus Zenfone 2 ZE551ML dengan cip Intel Atom Z3580 2.3GHz, serta ruangan storan 32GB pada harga RM1099, sementara variasi 64GB pula pada harga RM1299. Semua harga adalah termasuk GST, dan Asus juga dilihat mungkin akan menawarkan beberapa aksesori khusus untuk peranti ini. Asus Malaysia akan mulakan jualan Zenfone 2 di Malaysia bermula 9 Mei ini, dan mereka turut menjadualkan sebuah acara pelancaran khusus di Alive KL pada tarikh sama.

No comments: