Thursday, April 14, 2016

Apple Mengemaskini Macbook Pro Retina

Apple telah memperkenalkan sokongan touchpad dengan Force Touch ketika pengenalan MacBook 12-inci yang baru beberapa bulan lepas, dan kini sokongan yang sama turut diintegrasikan ke dalam Macbook Pro 15-inci. Apple telah mengintegrasikan sokongan Force Touch pada Macbook Pro bersaiz 13-inci sebelum ini, dan ini menjadikan keseluruhan keluarga Macbook Pro Retina hadir dengan sokongan Force Touch. Melalui Force Touch, ia kelihatan seperti trackpad biasa, tetapi membawakan beberapa sensor tambahan, membolehkan pengguna menggunakan sedikit tekanan untuk melakukan beberapa tugasan. Sebagai contoh, anda boleh tekannya dengan sedikit kuat ketika memainkan video untuk melajukannya – dan kadar ia menjadi laju bergantung kepada tekanan yang digunakan oleh pengguna. Disamping mengemaskini keluarga Macbook Pro, pihak Apple turut mengemaskini keluarga iMac, dimana kini mereka menawarkan iMac Retina 5K bersaiz 27-inci pada harga RM7499. Penawaran harga ini sedikit murah berbanding dengan penawaran versi sedia ada, dan membawakan perbezaan sedikit dari segi penggunaan cip pemprosesan, selain hanya menyertakan cakera keras biasa dan bukannya Fusion Drive. Kedua-duanya telah pun disenaraikan pada Apple Store Malaysia, tetapi Macbook Pro 15-inci masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan buat masa ini.

No comments: