Friday, April 1, 2016

Aplikasi Saywa Memudahkan Pemilik Hartanah Menyewakan Rumah

Sehingga kini terdapat pelbagai khidmat atas talian yang menyenaraikan hartanah yang boleh disewa. Pemilik hartanah boleh menyenaraikan hartanah mereka di laman seperti Mudah, iProperty, dan juga Airbnb. Kini terdapat aplikasi yang memudahkan pemilik hartanah untuk menguruskan hal penyewaan rumah yang dinamakan Saywa. Berbeza dengan laman lain yang memfokuskan kepada penyenaraian, aplikasi ini lebih menekankan kepada proses penyewaan dan pengendalian penyewaan rumah tersebut. Pemilik hartanah boleh menetapkan masa temujanji tersedia bagi memudahkan bakal penyewa memilih waktu lawatan untuk melihat rumah tersebut. Selain dari itu, bagi bakal penyewa turut boleh menetapkan masa yang diinginkan, sekaligus juga memudahkan tuan rumah dan bakal penyewa berjumpa bersama-sama. Dari segi paparan antaramuka aplikasi ini, ia agak mudah bagi penyewa untuk mencari rumah yang diinginkan, kerana pada halaman utama telah terdapat maklumat seperti harga sewa, kesediaan perabot, keluasan rumah dan bilakah rumah tersebut tersedia untuk disewakan. Bagi tuan rumah, aplikasi ini memudahkan tuan rumah untuk memuatnaik gambar mengikut bilik dan ruang tertentu didalam rumah dan mempunyai fungsi untuk mencantikkan gambar. Terdapat menu untuk melihat tawaran sewa, jadual temujanji dan juga rumah yang telah ditandakan melalui aplikasi. Sekiranya anda pemilik hartanah mahupun anda sedang mencari rumah untuk disewa, muat turun aplikasi Saywa ini.

No comments: