Thursday, April 14, 2016

Adblock Plus Mengumumkan Pengenalan Pelayar Web Adblock Browser Untuk Android Dalam Bentuk Beta

Adblock Plus merupakan salah satu pemalam popular dikalangan pengguna pelayar web desktop, dimana ia membolehkan para pengguna untuk menghalang pelbagai paparan iklan pada pelayar web mereka, sekaligus menjadikan pelayaran web dan bacaan mereka di web tidak terganggu dengan iklan. Hari ini, seperti dinantikan ramai, pembangun disebalik Adblock Plus turut sama mengumumkan pelayar web khusus untuk pengguna Android, dinamakan sebagai “Adblock Browser untuk Android”. Pelayar web ini secara kasarnya merupakan berasaskan kepada Firefox, dan ia menyertakan Adblock Plus secara terbina pada pelayar web berkenaan. Menurut pembangunnya, ia tidak menyokong fungsi seperti Firefox Sync atau pemalam lain yang dioptimasikan untuk Firefox, tetapi sebaliknya ia menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama, selain menjimatkan penggunaan data, serta menjadikan pelayaran lebih selamat memandangkan tiada iklan berbentuk malware yang dipaparkan. Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai beta, dan pengguna perlu menyertai komuniti khusus pada Google+ sebelum dapat memuat-turunnya. Melalui halaman Adblock Browser, pihak Adblock Plus juga turut memberikan petanda yang mana versi untuk iOS turut akan hadir pada masa akan datang. Sertai : Adblock Browser Android Beta https://adblockplus.org/en/adblock-browser/

No comments: