Thursday, April 14, 2016

AdBlock Plus Bakal Memperkenalkan Pelayar Web Tersendiri Untuk Android

AdBlock Plus merupakan salah satu pemalam untuk pelayar web yang menawarkan kebolehan untuk membuang iklan yang dipaparkan pada web, sekaligus menawarkan pengalaman pelayaran web yang bebas daripada gangguan iklan. Terkini, sebuah laporan baru hadir mengatakan pembangun disebaliknya akan memperkenalkan sebuah pelayar web mereka tersendiri. Pelayar web AdBlock Plus ini dikatakan akan diperkenalkan untuk peranti mudah-alih, iaitu untuk peranti Android. Ia dikatakan AdBlock Plus akan memperkenalkannya seawal minggu ini, dan ia mungkin akan menggunakan enjin Chromium – yang sama seperti pada Chrome. Fungsi penuh yang bakal dibawakan masih menjadi tanda tanya, tetapi tidak mustahil untuk mereka turut menyertakan fungsi untuk membuang iklan padanya. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut, sama ada ia akan diperkenalkan secara rasmi, atau hanya sekadar ura-ura sahaja.

No comments: