Wednesday, March 30, 2016

Televisyen Pintar SUHD Melengkung Dengan Sistem Operasi Tizen Di Malaysia

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan televisyen pintar terbaru mereka yang hadir dengan rekaan skrin melengkung dan dilengkapi paparan yang lebih jelas – Samsung SUHD TV di Malaysia. Siri televisyen baru ini juga membawakan sokongan paparan 4K bersama-sama dengannya. Samsung SUHD ini menggunakan paparan yang jelas dan menggunakan teknologi kristal-nano mereka tersendiri. Penggunaan tenaga elektrik untuk paparan ini dikatakan lebih menjimatkan berbanding sebelum ini, dan penggunaan skrin melengkung memberikan pengalaman tontonan yang lebih menarik untuk seisi keluarga. Samsung SUHD TV ini juga menggunakan sistem operasi Tizen, dan hadir dengan pelbagai aplikasi menarik khusus untuknya. Pengguna turut boleh menghubungkan telefon pintar Samsung ke televisyen ini, dan menggunakannya bersama-sama untuk mengawal atau memaparkan gambar dan video dari telefon terus ke televisyen. Di Malaysia, Samsung SUHD dengan skrin bersaiz 55-inci ditawarkan pada harga RM9,999, bersaiz 65-inci pada harga RM24,999 dan bersaiz 78-inci pada harga RM39,999.

No comments: