Tuesday, March 8, 2016
Sony Menerbitkan Filem “The Interview” Melalui Web
Sony Pictures Entertainment telah digodam sebelum ini, dan menjadi salah satu perbualan hangat memandangkan pelbagai info dalaman syarikat tertiris. Pelbagai spekulasi hadir mengatakan ia mungkin digodam oleh kerana filem The Interview yang melibatkan Korea Utara. Lanjutan daripadanya, setelah semua pawagam di Amerika Syarikat tidak ingin menayangkannya, kini Sony mengambil langkah untuk menerbitkan ia melalui web. Sony kini menawarkan ia melalui YouTube, Google Play dan juga Xbox Video – sekaligus membolehkan para pengguna mendapat akses untuk menonton filem tersebut terus dari rumah tanpa perlu ke pawagam. Penerbitan pada web ini mungkin suatu perkara yang baik, namun kerana ia hanya terhad ke Amerika Syarikat sahaja – ia sekaligus membuatkan ramai pengguna negara lain yang mula mencari fail muat-turun untuknya. Walaupun ia mungkin membawa kesan negatif kepada pendapatan Sony melalui filem berkenaan, tetapi untuk Google, ia secara tidak langsung dapat mempromosikan perkhidmatan YouTube Movies mereka – dan mungkin pada masa akan datang lebih banyak filem akan ditawarkan melaluinya secara eksklusif. Kami tidak lagi mengetahui sama ada pihak Sony akan menerbitkan ia untuk pengguna antarabangsa ataupun tidak. Mungkin juga ia masih belum terlambat untuk pihak Astro atau Telekom Malaysia mendapatkan hak untuknya, dan menawarkannya melalui Astro First ataupun HyppTV.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment