Tuesday, March 8, 2016

Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 4GB DRAM Untuk Peranti Mudah-Alih

Pada hari ini, terdapat beberapa peranti berspesifikasi tinggi yang hadir dengan memori sebanyak 3GB RAM. Perkara tersebut akan berubah pada tahun 2015 kelak, dimana pihak Samsung telah mula mengeluarkan memori 4GB DRAM untuk peranti mudah-alih. Memori untuk peranti mudah-alih yang dibangunkan oleh Samsung ini menggunakan teknologi 20-nanometer, dan menurut mereka, 20nm 8Gb LPDDR4 ini adalah lebih pantas berbanding dengan DRAM yang digunakan pada komputer atau pelayan – selain menggunakan tenaga yang lebih sedikit berbanding dengannya. Dari segi prestasi penggunaan, Samsung mengatakan memori 20nm 8Gb LPDDR4 ini beroperasi dua kali ganda lebih baik berbanding 4GB LPDDR3 sebelum ini. Dengan pengenalan memori baru ini, kita mungkin akan berpeluang melihat ia digunakan pada peranti mudah-alih terbaru daripada Samsung kelak – berkemungkinan Galaxy S6 atau Galaxy Note 5 kelak.

No comments: