Wednesday, March 2, 2016

PuzzlePhone – Telefon Modular Android Yang Anda Boleh Ubah Komponen

Telefon modular telah menjadi salah satu perbualan ramai pada tahun ini. Beberapa pihak telah mula memberikan perhatian padanya, apatah lagi dengan Google yang melabur pada Project Ara mereka. Dengan pelbagai perkembangan positif, beberapa peranti berasaskan modular ini dijangka hadir ke pasaran sekitar 2015 kelak. Salah satu daripadanya adalah PuzzlePhone yang dibangunkan di negara asal Nokia, iaitu Finland. PuzzlePhone hadir dengan sistem operasi Android, dan membawakan beberapa komponen yang boleh diubah dan dinaik-taraf dengan mudah – lebih kurang seperti apa yang anda lakukan pada desktop hari ini. PuzzlePhone membahagikan peranti mereka kepada tiga bahagian, dimana yang pertama meliputi skrin LCD, speaker dan struktur peranti, bahagian kedua meliputi bateri dan komponen tambahan, sementara bahagian ketika meliputi cip pemprosesan dan juga kamera. Seperti projek telefon modular yang lain, pihak pembangun PuzzlePhone turut ingin memudahkan pengguna menaik-taraf komponen dengan mudah, dan mengurangkan pembaziran elektronik. Disebabkan itu, mereka membahagikan peranti kepada tiga bahagian, memudahkan pengguna untuk menaik taraf dan mengubah komponen. Sebagai contoh, komponen bahagian utama (yang meliputi skrin) mungkin tidak akan dinaik-taraf oleh kebanyakkan pengguna, sementara mungkin yang ingin menaik-taraf bahagian bateri sahaja, dan mungkin juga yang ingin menaik-taraf bahagian kamera sahaja. Secara kasar, ia dilihat membawakan rekaan komponen yang sedikit berbeza dengan rekaan komponen untuk Project Ara daripada Google. Telefon PuzzlePhone ini dijangka akan dipasarkan pada tahun hadapan, dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi.

No comments: