Pondok telefon awam semakin diancam kepupusan sejak telefon mudah alih mula menjadi kegunaan orang ramai. Masalah kepupusan ini berlaku di seluruh dunia. Di Malaysia banyak pondok telefon awam yang kami lihat kini hanya tinggal rangka selepas telefonnya dicuri dan dijual sebagai besi buruk. Di United Kingdom sebelum ini ada kami paparkan inisiatif Solarbox yang mengubah pondok telefon menjadi kiosk mengecas peranti menggunakan kuasa solar. Kini ada satu lagi inisiatif bagi menyelamatkan ribuan pondok telefon awam dengan mengubahnya menjadi kedai kopi mini. Red Box Coffee mengubah dua pondok telefon menjadi sebuah kedai kopi. Syarikat Red Box sudahpun mengambil alih 100 pondok telefon di seluruh UK dari British Telecom dengan tujuan menggunakannya sebagai kiosk jualan. Selain menjual kopi, terdapat pilihan mengubahnya menjadi kiosk tukang kasut dan menjual gula-gula. Inisiatif ini diharapkan dapat menyelamatkan pondok-pondok telefon yang sedia ada dari terus terbiar di samping memberikan ruang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Pondok telefon merah ini sudah digunakan sejak 1936 dan sangat sinonim dengan United Kingdom. Dianggarkan terdapat 11 000 pondok seperti ini di seluruh UK tetapi jumlahnya semakin berkurangan kerana kepopularan telefon mudah alih. Pihak British Telecom sudah menjalankan program mengambil pondok telefon ini sebagai “anak angkat” sejak 2008. Peserta program akan diberikan tanggung jawab menjaga pondok telefon yang dijadikan anak angkat dan bebas melakukan apa sahaja kepadanya. Antara penggunaan semula yang dilakukan ialah mengubahnya menjadi perpustakaan mini, kedai menjual aiskrim dan kafe saiber mini.
Tuesday, March 8, 2016
Pondok Telefon Awam Diubahsuai Menjadi Kiosk Menjual Kopi Di United Kingdom
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment