Wednesday, March 2, 2016

Plan V : Pengecas Peranti Menggunakan Bateri 9V

Power bank sudah semakin banyak di pasaran dengan pelbagai kapasiti. Kami beruntung kerana tidak memerlukan sebuah power bank kerana kami bukan pengguna tegar peranti pintar kami. Sejak sudah menjadi seorang bapa kami mengurangkan menghabiskan masa di media sosial dan secara automatik hayat bateri bertambah 3 kali ganda. Tetapi ini tidak bermakna kami tidak bersedia untuk situasi di mana bateri pada peranti mati di saat genting. Untuk itu kami sentiasa membawa telefon dua telefon pintar kemana-mana kami pergi. Ini adalah jalan penyelesaian yang mahal dan tidak praktikal kepada semua. Plan V ialah pengecas yang dapat menyelesaikan masalah majoriti pemilik peranti pintar. Ianya sebuah pengecas mudah alih yang mudah dibawa kemana-mana. Anda boleh menyangkutnya pada kunci kereta sekiranya perlu. Apabila diperlukan buka Plan V dan sambungkannya kepada sebuah bateri 9V. Kini Plan V boleh mengecas peranti untuk kegunaan kecemasan. Setiap bateri 9V mempunyai simpanan kuasa sebesar 800 mAh. Ini tidak besar tetapi memandai untuk anda melakukan panggilan kecemasan dan menghantar SMS. Plan V masih mengumpul dana untuk pengeluaran skala penuh. Harga jualan adalah sekitar RM 43. Harga mungkin sedikit mahal tetapi jika anda mahukan pengecas kecemasan mudah alih Plan V ialah penyelesaian yang baik. Tidak perlu lagi membawa dan mengecas power bank gergasi.

No comments: