Wednesday, March 2, 2016
NewWind : Janakuasa Elektrik Berbentuk Pokok
NewWind-2Kerap kali apabila berita mengenai penggunaan tenaga solar kami paparkan pasti ada komen dari pembaca mengatakan panel solar masih belum cukup sesuai digunakan di Malaysia. Jadi apakah alternatif yang boleh digunakan. Sumber kuasa apakah yang boleh diperbaharui dan boleh didapati alam kuantiti yang banyak. Sekarang musim hujan dan di waktu petang angin bertiup kencang. Jadi jika sistem janakuasa NewWind digunapakai di Malaysia ianya pasti berbaloi. Selalunya kincir angin yang menjana elektrik mempunyai bilah sepanjang 40-90 meter. Ini adalah terlalu besar untuk digunakan di rumah kediaman di Malaysia. NewWind mempunyai ketinggian 8 meter dan kelihatan seperti pokok. “Daun-daun” pokok ini setiap satunya adalah kincir angin yang menjana tenaga elektrik. Pereka NewWind, Jérôme Michaud-Larivière mendapat idea rekaan selepas melihat daun pokok berputar ditiup angin pada ranting pokok. Kincir udara berbentuk pokok ini kini sedang menjalani ujian di Brittany Perancis.Menurut perekanya, ia sesuai diletakkan di taman awam, tepi lebuh raya dan juga tempat kediaman. Harga sebatang pokok kincir udara ini ialah sekitar RM 126 000.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment