Wednesday, March 30, 2016

Microsoft Memperkenalkan Lumia 540

Nampaknya Microsoft cuba bersaing dengan lambakan peranti Android di pasaran melalui penawaran peranti mereka dengan pelbagai spesifikasi. Selepas memperkenalkan beberapa peranti baru pada Mobile World Congress yang lepas, hari ini Microsoft turut menambah portfolio peranti mereka dengan mengumumkan Lumia 540 dwi-SIM. Lumia 540 ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dan dilengkapi paparan HD (1280×720 pixel). Selain daripada itu, Microsoft menggunakan cip Snapdragon 200 pada telefon mudah-alih ini, dan turut menggunakan memori 1GB RAM serta ruangan storan 8GB. Untuk tujuan rakaman gambar, Microsoft menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan auto-fokus dan LED Flash, serta kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini menggunakan Windows Phone 8.1, dan seperti beberapa peranti sebelum ini, Lumia 540 juga boleh dikemaskini kepada Windows 10. Tetapi berkemungkinan bukan semua fungsi yang boleh digunakan bersama-sama dengannya. Fungsi lain seperti OneDrive, Microsoft Office dan Skype turut disertakan pada telefon pintar ini. Lumia 540 Dwi-SIM membawakan harga $149 (RM553) sebelum cukai, dan dijangka akan dipasarkan bermula bulan Mei kelak.

No comments: